Assalamualaikum =)

Selain Mr Dakgalbi, Sweetree juga adalah restoran Korea yang quite famous dan 200% halal diiktiraf oleh Jakim sendiri. Jadi tidak usah sangsi dan gementar jikalau makan Korean cuisine di sini memandangkan restoran ini sudah pun 'dipinang' oleh berjuta lemon manusia yang majoritinya dalam kalangan orang Melayu tulen. Actually restoran Sweetree yang berkoordinasi di Ampang Point ini sudah lama bertapak di Malaysia. Cuma i and Anis yang baru menggelabah mak hayam nak pergi sini. I lagi berasa semangat sebab Anis drive all the way from Seremban, uyoooo *tepuk tangan berjemaah*. Tiber.

Honestly, ni adalah kali pertama i and Anis menjejakkan kaki di restoran Sweetree. Apa yang menarik sangat makan di restoran Sweetree ni, i and Anis boleh pilih either nak makan Korean Authentic Barbeque atau A La Carte. Guess, kita pilih menu apa?! "A La Carte!" "A La Carte!" "A La Carte!" *budak-budak hingusan menjerit sambil pegang sepanduk A La Carte* Eheks eheks. So we go for 'A La Carte menu since our main reasons datang sini sebenarnya nak try Sweetree Cheese Chicken. At the same time, i and Anis try to change our Tomyam Campur vibes to Tteok-bokki vibes sekejap. Sedap ke tidekkkkk? Muehehe.




Tak usah risau sebab dekat sini ada parking khas untuk pelanggan Sweetree tapi ada beberapa lot saja. Hehe. Waktu i datang dengan Anis, tak dapat pun park dekat park khas Sweetree memandangkan Sweetree park penuh tapi kebetulan pulak ada 2 lot parking kereta yang kosong sebelah menyebelah.  Lepastu i dengan Anis sampai di Sweetree serentak. So sempat lah masuk parking itew. Kesimpulannya, i dengan Anis always attached to each other. Lewls.








Sanitize your hand first!





Restoran Sweetree menyediakan free starter atau set pembuka selera seperti Kimchi, Tauhu Goreng, Lobak Putih, Bubur Nasi, Salad, Ikan Bilis Goreng sebelum main menu sampai and terhidang. I makan Bubur Nasi dengan Ikan Bilis Goreng dan Kimchi. Hehe boleh lah masuk walau i tekak Melayu khen. Aicewah :P




Tempat makan i and Anis (2nd floor). Jikalau bawa anak kecil, automatically tempat makan 1st floor sebab kids are not allowed here. Hewhew.



[RM 49.90] 1/2 Cheese Chicken
Half Cheese Chicken ni ada pilihan flavour. So we preference for buldak sauce & original. I suggest untuk ambil buldak sauce & sweet and spicy sauce. Original cheese chicken ni bila dah lama terhidang sementara nak makan kimbab, topoki, etc dia akan keras mengekung and sejuk compare to buldak sauce, walau dah lama terhidang still lembut and juicy pabila di makan begitu sahaja. Nyum nyum.


[RM 24.90] Jumeok Bab (Korean Rice Balls) + Bul Dak Ramyeon.
I prefer ambil flavored rice balls as in Bulgogi (beef), Haemul (seafood), Camchi (tuna), Kimchi etc. Since i punya seaweed rice balls ni tasteless macam tuan empunya badan muahaha. So we pulaukan rice balls and makan ramyeon instead :P


[RM 21.90] Pizza Topoki or Beef Bolognese Rice Cakes.
SEDAP DO'OH DO'OH! First time merasa rice cakes ni. Quite heavy and banyak sangat portion dia. Ohmaiii. Siapa nak habiskan ni Anis? Helpppppp. Kahkah. Antara menu yang sangat menghendaki nak makan bila terhidang atas meja walau i tak minat sangat rice cakes ni sebab dia macam i mengunyah gula-gula getah. Penat and boleh kurus pipi i. Makan sambil exercise pipi gitew. Hewhew.

Next time i nak try Cheese Topoki. Untuk pengetahuan, kebiasaannya customer akan order and try Cheese Topoki compare to Pizza Topoki.


[RM 21.90] Original Sun Dubu Jjigae.
Jjigae means stew and stew is better than soup ihiks ihiks. Har har har. Sedap sungguh sampai sekarang la i menelan air liur. Spicy tofu stew yang buatkan i teringat-ingat sampai masuk mimpi. The stew rich with heavy ingredients juga like rice cakes, seafood, sayurans. Sedap makan time panas-panas berasap tu. Lewls.


[RM 14.90] Beef Normal Kimbab (Beef or Chicken)

Actually dia boleh pilih either nak BBQ saja, or Mayo saja or mixed both. I and Anis preference for BBQ and Mayo. Seboleh-bolehnya. Bhahahaha!


Hai kenapa senyum sorang-sorang tangan kiri atas meja tew?


Interior Design Sweetree.




1st floor for family yang bawa kids.









Toilet yang super cantik dan kemas. Kerusi pun cantik tsk tsk.


Surau at 3rd floor.


Payment method

Money sanitizer. Lol.

Actually sesiapa pun boleh datang sini untuk mencari pengalaman makan di restoran Sweetree ni. Fret not selain Korean cuisine, ada juga provide local food as in Bokkeum Bab (fried rice like nasi goreng pattaya, nasi goreng kampung, nasi goreng cina), western, pasta, side dish for kids. Apa yang i boleh pesan, beristighfarlah ketika melihat menu sebab portion dia besar and banyak yakmat muahahaha. Unless datang bersama satu pasukan sorakan Aerodance.