Assalamualaikum =)

Pertama kali i acknowledge Soft Shell Crab dalam hidup i, back in 2013. Right after SPM '12, i berhempas pulas kerja di Sushi King dengan bestfriend i Anis Rom (which, honestly we work for the sake of money :p). Soft Shell Crab Temaki pula merupakan antara menu yang hot nak mampus dekat Sushi King sampai ada customer memaki hamun sebab temaki sampai lambat. Memaki dan temaki berpisah tiada. Lewls.

"Weh, serious laaaa crab ni boleh makan semua?"

"Ye doe. Kau try la"

I just accepted the truth that crab djaman ini tidak perlu di kupas lagi. Oh man, that's the true definition of happiness I must say! Tapi tak semua tempat provide soft shell crab sebegini rupa and setengah-setengah golongan je akan minat dengan Soft Shell Crab ni. Especially yang minat crab tapi tak suka kupas crab. Bukan pemalas pun, tapi sebab yelah kan. Nak menikmati seekor crab tu tanpa mengupas. Lepastu dapat makan crab tanpa mengupas dikupas terkupas. Bapak besttttt nya hidup. Meuheeheh.

Sesetengah golongan lagi belum aware pun lagi dengan Soft Shell Crab ni sebab basically Soft Shell Crab ni akan dijumpai dekat restaurant atau cafe and bukan signature menu unless kedai tu kedai crab ataupun kedai The Brgr, sudah terang lagi bersuluh signature burger ia adalah Soft Shell Crab, terpampang gah depan kaunter hehehe.



Nyum nyum. Gila sedap oh! Haha.

I bukanlah burger-lovers yang rare di cafe-cafe cantik sebegini rupa. Honestly, i prefer burger daging special tambah cheese ramly tepi jalan. Tapi sebab i crave for soft shell crab, lepastu i tak pernah lagi try burger yang di-molt-kan dengan soft shell crab, lepastu pulak i jumpa kedai burger yang provide beraneka jenis burger yang i rasa i memang kena try semuah. Serious weh. Lol.

The BRGR, Petaling Jaya


Hanis Aziz: Bebelan demi bebelan sementara menunggu burger siap.

Dirty Cheese Fried Chicken


Soft Shell Crab Burger with Aus Patty Beef


Soft Shell Crab Burger with Aus Patty Chicken

Huhu Soft Shell Crab Burger ni boleh pilih either nak single Soft Shell Crab Burger atau Soft Shell Crab Burger comes with Aus Patty Beef. I pilih Soft Shell Crab Burger with Aus Patty Beef lepastu tambah Cheesy Chicken Popcorn yang super duper umph haha manakala Hanis pilih Soft Shell Crab Burger with Aus Patty Chicken with Curly Fries.

Triple Cheese Chicken Grilled with Curly Fries

Second time i datang, i bawa Fatin datang tapi kiteorang pergi outlet Setapak. And i actually nak try Korean Spicy Grilled Chicken tapi dah habis la pulak tsk tsk. So i try Triple Cheese Chicken Grilled Burger instead. Still... sedap juga! In love teruk dengan burger dekat sini. Hahaha. Roti nya sangat soft yang pasti.

Nak kata mahal, personally harga dia quite reasonable and worth la. Lebih kurang burger McD but this handcrafted burger yang sangat rare ni lagi sedap ukie! I suka sampai jatuh cinta. Kalau tanya i sekarang i tengah in love dengan siapa. I nak jawab berjuta kali lemon,

"Currently, in love with The BRGR :P"



Harga:
Set Soft Shell Crab Burger with Aus Patty Beef - MYR 20.80
Set Soft Shell Crab Burger with Aus Patty Chicken - MYR 20.80
Set Dirty Cheesy Fried with Curly Fries - MYR 17.80
Set Triple Cheese Grilled Chicken with Curly Fries - MYR 19.80
Cheesy Popcorn Chicken - MYR 7.90