Assalamualaikum =)



Hi cuols. I adalah amateur chef, sumpah. Stress bila kali pertama i buat dengan level konfiden yang tak dapat di kawal lepastu tak menjadi. Grrrrr! But this time i buat last Ramadhan haritu, hamagawdddddddd! My apam makoke bloomed beauuuu-tifully on my second attempt! *sujud syukur sepuloh jam. "Eeee tak sabar nak update blog, share recipe and tips" - The first thing that popped in to my head right after i tengok my apam makoke i mekar seindah tuannya. Hewhew. I tahu majority akan hadap the-unblooming-makoke-for-first-time macam i, kalau takde tu memang power nak mampus. Lewls.

Anyway kalau nak tahu,

Makoke adalah apam yang se-spesis dengan Wa Ko Koay/Koeh. Ianya adalah sejenis steamed-cake di dalam mini cup yang mana texture nya akan jadi lembut macam kapas sampai hari pernikahan i. Ada perbezaan antara Makoke dengan Wa Ko Koay dari segi bahan yang digunakan. Contohnya Makoke menggunakan telur dan tepung gandum, manakala Wa Ko Koay tanpa telur dan menggunakan tepung beras. Makoke lebih manis, halus dan gebu manakala Wa Ko Koay lembut jugak cuma tak gebu gebas macam Makoke. Tapi method untuk masak apam ni adalah sama, still dengan cara kukus or steam. Dan hasil rupa kedua-dua apam ni pun sama (mekar mengembang gituh). Ok? Ehehe so dekat bawah i share lah recipe, steps dengan tips Makoke!

Bahan-bahan (15 - 20 biji medium size)

Telur 2 biji
Ovelette 1 sudu makan
Gula castor 1 cawan
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Air tin ice-cream soda / 7up 100 gram
Tepung gandum 1 1/2 cawan
Pewarna makanan.

Cara - caranya


Campur telur, gula castor, ovelette dalam satu bekas. Kacau 10-15 minit.


Masukkan esen vanilla.



Masukkan air 7up atau ice cream soda. Tapi i prefer ice-cream soda. Ehehe.



Bila adunan dah gebu, sebati, masukkan tepung gandum.


Bahagikan kepada 3 bahagian adunan tadi. Masukkan pewarna makanan. Dan kacau.
Selepas itu masukkan setiap adunan yang berlainan warna ni ke dalam piping bag.


Sediakan cup, masukkan adunan ke dalam cup.
Last sekali, letakkan sedikit adunan berlainan warna di atas setiap adunan tersebut untuk dapatkan hasil Makoke yang berwarna-warni.


Fresh from steamer. Kukus 10 minit maximum okies.


Siap dah. Mudah je kan :)
I suggest boleh lah buat apam ni untuk open house ke, untuk tetamu yang nak datang beraya ke. Ehehe.


Tips Makoke anti-gagal:

1. Kacau adunan telur, ovelette dan gula tadi menggunakan highest speed sehingga sebati. Iaitu selama 10-15 minit, jangan kurang dari 10 minit. Sampai lah adunan nampak macam padat, tak cair. Kalau cair lagi, adunan tu tak kan mengembang dan naik. First attempt i buat tak jadi sebab i mix adunan tu sekejap je. Pastu i menggelabah nak letak dalam cup.

2, Lepas dah masukkan bahan terakhir iaitu tepung gandum, kalau adunan macam agak keras (agak-agak kalau masak dia akan jadi keras), tambah lagi sikit air soda tadi. Tambah sikit je agak-agak adunan dah ok and balance, means okaylah.

3. Make sure bila masukkan adunan ke dalam cup, adunan tu penuh sampai permukaan cup. So bila dah kukus, dia akan merekah, mengembang keluar dari cup tu. OMG cantik nya! Kalau u nak letak half sebab nak jimat ke kan (idk haha), dia akan half jugak lah merekah dia, dia macam tersepit sebab tak boleh nak mengembang keluar dari cup. Lol.

4. Untuk dapatkan hasil makoke yang merekah, lepas dah letak semua adunan dalam cup, T-kan adunan tersebut menggunakan lidi. Faham ke? I harap faham. Dia macam you kena draw bentuk T guna lidi or anything yang lebih kurang macam lidi sampai bawah hujung cup. Hahaha. Ini untuk pecah kan adunan supaya bila kukus dia akan merekah mengembang kepada 4 pecahan (kalau perasan dalam gambar) macam bunga! Eheks.

5. I kukus letak cup dalam bekas apam. I try kukus 1 cup without bekas apam, dia still jadi je. Tapi cup dia akan jadi lembab macam tu. So bekas apam ni untuk cover and elakkan kelembapan serapan air kukus waktu mengukus. Yelah mana tahu tiba-tiba terkoyak ke tengah-tengah kukus hahaha!. Letak dalam bekas apam macam secure sikit lah.

6. Kukus mestilah 8-10 minit. Kalau kurang, dia akan masak bahagian atas je. Bahagian bawah still macam sticky. Let say apam dah mengembang elok minit ke 5, so you kena biarkan je dulu supaya bawah dia masak jugak. Maybe you boleh try untuk kukus 1 cup dulu ke kalau still macam tak yakin sebab pengukus you dengan pengukus i berbeza.