Assalamualaikum =)

Hi semuaaaaaaa. Hari ini adalah hari kelima covid-19 quarantine. And hari kelima ni lah baru berpeluang nak meluangkan masa dekat dapur. Jangan lah tanya hari pertama sampai hari keempat buat apa. Kalau bukan kerja, apa lagi? Tsk tsk. And di hari kelima jugak aku masih face mask hunting. Lewls.

Finally hari kelima baru dapat text dari bos suruh stay at home dan bercuti di rumah. No need to work from home or datang office. Hehehehe happy kemain. Apa lagi, teruslah bawak diri pergi beli barang nak masak seminggu. Balik rumah terus buat jadual menu harian. So keep update dengan menu i nak buat nih! Muehehehe konfiden je kau ni Ainaa -.-



So first menu yang aku nak experiement di kala musim covid-19 adalah Grilled Chicken Lemon, dalam bahasa ibundanya Ayam Panggan Lemon. Dapat lah idea nak buat ayam panggang lemon ni sejurus lepas aku beli lemon besar gedabak ni dekat ladang berhampiran rumah aku. Asalnya nak buat air lemon and rendam kaki dengan air lemon.

Al maklumlah, dah happy sangat sebab tiba-tiba bos suruh duduk rumah diam-diam jangan bergerak and jangan buat kerja terus banyak idea nak masak menu apa! Hahaha. Kemain. Okei korang, sementara nak start preparation bahan-bahan, boleh lah panaskan dulu oven tak kisah berapa-berapa degree kepanasan pun.

Sebab nak panaskan je.
Nanti dah nak start panggang, baru turn to 200-220 degree / 40 minit



So first step kawan-kawan yang di sayangi di cintai sepenuh jiwa raga ku ini,
Potong ayam, cuci ayam dan tapis air ayam supaya ayam tak kelihatan lembab sewaktu panggang nanti. Potong ayam ni ikut kreativiti masing-masing. Hehehe.

Atas ni i ambil 6 potong ayam dan potong 2 lagi sebab nak lagi kecil sizenya. Senang nak makan and cepat masak kalau panggang Erm maybe? Why not kan. Kita try sajelah. Kalau cuols nak size ayam tu besar, boleh je ehehe.


Step yang kedua adalah,
Masukkan 1 sudu kecil garam
Blackpepper sesuka hati, mungkin lebih kurang 2-3 sudu.
Marjerin atau planta 4 sudu besar makan
Bawang putih yang dah dikisar 4 ulas.

Gaul bagi rata bahan-bahan tadi.


And then, susun ayam - ayam yang telah di gaul tadi atas bekas panggang. Dan tambahkan potongan-potongan kentang sebagai penambah resepi, rasa dan hiasan. Haha.
Lepastu, perahkan lemon (sebiji) ke seluruh ayam dan kentang.

Taburkan chili flakes, blackpepper, madu, atau apa-apa herbs yang korang rasa nak letak. Hehehe campur jelah semua herbs confirm sedap! Muahaahah :P


Masukkan bekas panggang tadi dalam oven.
Set kan suhu oven ke 220 degree dan 40 minit. Kalau i, i pusing je timing je sampai habes and akan stop kan bila ayam dah masak and macam terbakar gituh. Hahaha.


Tadaaaaaa! Dah siapppp. Rasa masam-masam manis sebab dah blend kan perahan lemon dan madu tadi. Sedap makan dengan nasi putih panas-panas. Okei cuols, sekian resepi hari ni :D