Assalamualaikum =)

Hari ini dan umur yang sekarang: We are in the era of TIGHT SCHEDULE & PROSES PERTAMBAHAN KENALAN or acah-acah tight schedule tak kisahlah as long as jadual tu penuh dengan xtvt bermanfaat- honestly susah untuk set dan manage kan date time untuk lepak-lepak borak panjang-panjang makan dan tengok wayang dengan berlainan jenis group of bestie. Unless kau nak take a break jap eh? Nak jumpa gf bf bestie kesayangan dah alang-alang satu jalan, dah alang-alang macam nak dekat-dekat, nanti dia merajuk. Which is OK. SUSAH TAPI KALAU dapat manage semua ini, you are the best! Sebab kalau betul nak, kau akan try-hard cari waktu seat down, spend time, pura-pura gelak bila ambil gambar dengan kawan-kawan (cakap dengan cermin taw) or contact tanya khabar (at least). Kalau betul NAK, lah. #doneboldfont #doneuppercase #kononayatpenegasan 

Kalau tak nak atau bahasa sopannya tak sudi, maybe statement-statement merapu (panjang berjela 2 pages) akan keluar. Di fasa-fasa tight schedule ni, statement merapu (2 pages statement) ni macam zero, trash and meaningless. Hape aku merepek ni? Bye T_T

Personally, aku cuba jugak scheduled sebab nak jumpa kawan or bestie walaupun dalam keseronokan dan kelalaian melayan kerja dan hidup di alam fantasi kerjaya seolah-olah tiada hari esok untuk bekerja. Dan seolah-olah kalau tidak bekerja duapulohempatjam seminggu demi bestie dan familie rezeki akan lari. NO! Truth is sebaliknya. Kadang-kadang aku failed jugak manage masa nak jumpa kawan or bestie and familie nak pergi sana sini. Tapi aku cuba fit kan dalam tight schedule itew. Semuanya option. Sama ada nak hidup dalam dunia yang padat dengan kerja dan tak ada masa dengan kawan ended up kawan hilang atau hampir tak kenal. Atauuuuuuuu, nak everything smoothly: dapat kerja, jumpa kawan, spend time dengan familie.

OPTION.

Option aku bila habis class dan weekend adalah pergi makan dan spend (sikit jurr) time.
Wei.. jom makan ayam. "Ayam Wingstop? Ok gak Na."

Tak habis-habis skrip 'jom makan', 'aku belanja' bertukar-tukar antara aku dengan Anas. Kalau bukan aku yang pelawa, Anas yang pelawa. Yang pasti skrip 'jom makan aku belanja' tak pernah lekang dalam direct message instagram dan whatsapp BILA LAPAR. WALAUPUN JAUH. BILA FREE. Macam mana kalau sorang free, sorang lagi tak free? PLOT TWIST kehkeh. Jangan serious sangat.

Hmm cambiasa aku ini penambah perasa sebagai waze tak bertauliah je:

Me: Anas, jalan ni kau straight je ok?
Anas: Aha aku memang straight.
Me: Eh kau straight ke? (jeritan ohmaigad dalam hati)
Anas: Yelah aku straight lah, kalau tak, takdelah aku nak... tettttt (sensored) (lol)
Me: .....
Anas: .........
Me: .........

Captured by Anas - iphone baru. Thank you  #menyempat
Tips nak suruh girl like me berhenti bercakap: Ambil gambar waktu tengah membebel/bercakap terus diam pastu senyum dan pose pose berangan depan camera.

Habis dah makan ayam (legaaaaaaaa dapat half ayam). Since mytown dan ikea sebelah menyebelah, dan Anas pun nak cari barang dia. Aku pulak kebetulan nak cari pinggan mangkuk lol. Pinggan mangkuk masalah nya hahaha. Bukan. Ini semua sebab project pinggan mangkuk haha!


ANGLE GEMOK.

Captured by me: Eh eh. Sementara menunggu Boost siap #boifrenupahan
ANGLE KURUS.

Me: Anas, aku nak cari mangkuk. Tapi mangkuk tu tak ada dekat sini.
Anas: Yeka? Aku ada dah mangkuk.
Me: Mangkuk apa?
Anas: Ni mangkuk (sambil tunjuk - tunjuk aku)


Patutlah aku tak jumpa mangkuk. Aku sendiri yang mangkuk sebenarnya. Thanks. Tsk tsk.