Assalamualaikum =)


#siscooobah

Eh eh kenapa menongkat-nongkat dagu guna tangan kanan ni, senyum sorang-sorang tengok muka sendiri ni. Eh eh eh ewahh. Bukan syok sendiri, cuma orang tua-tua selalu pesan, syukurlah selalu dengan diri sendiri walaupun serba serbi kurang hakikatnya. Nak rasa syukur? Selalu lah 'selfie' dan senyum =P *selfie berjemaah sambil kepala memasing senget 45 darjah anticlockwise.

Girls, guys, and gays! Hari ni aku nak share resepi campak-campak yang aku masak minggu lepas. Makkkkk dah lama terperap LOLLLL. Aku sangaaaaaaatttt suka buat masakan berasaskan butter dan milk. Dia akan rasa lemak-lemak manis. Nyumzyy!

Huhuhu. Since dekat rumah aku ada mixed vege macam dalam gambar bawah ni. Aku pun buat lah nasi style-style western. Eceh eceh eceh. Jadi lah Nasi Mediterranean. Before this aku buat nasi ni, dan aku akan mix kan dengan lauk yang pedas contohnya sambal ayam sebab nasi ni dah ber-lemak / ber-butter. Tapi kali ni, aku nak try makan nasi mediterranean ni dengan lauk yang berlemak jugak. Onz ke tidekkkk?


Nasi Mediterranean


Nasi
Mix Vege ikut suka, better letak banyak
Butter 2 sudu
Garam secukup rasa/secubit/half teaspoon


Udang Goreng


Udang
Garam secukup rasa/secubit/half teaspoon
Serbuk kunyit 1 sudu
Serbuk kari daging/ayam 3 sudu
Gaul - gaul pakai sudu (kita perempuan kena jaga nanti tangan kotor =P) #gurau #jangankecam

*Disebabkan aku nak balancekan rasa udang goreng ni, tak nak rasa kunyit sangat tapi nak rasa herba-herba, aku lebihkan serbuk kari daging tu tadi. Nak tambah tepung jagung/gandum pun boleh.



Pastuh goreng kejap je. Dah bertukar warna terus angkat. Sebab yang ini baru gorengan fasa pertama. LOLLLLL.


Tadaaaa! Siap dah goreng. Pulaukan dan sisihkan kejap udang ni. Takleh sisihkan lelama, nanti udang ni merajuk.


Kuah Buttermilk


Butter 2 sudu
Bawang holland potong nipis-nipis sebagai hiasan
Bawang putih 2 ulas tumbuk
Hirisan cili padi 3-5 biji 
Daun kari
Susu cair 1 cawan
Susu pekat 2 sudu



Panaskan kuali dengan api yang kuat kemudian letak dan cairkan butter dengan api yang slow. 


Masukkan bawang putih yang telah di tumbuk dengan lesung batu tadi dalam ni.


Masukkan cili padi beberapa biji bergantung pada kepedasan yang tekak dan perut boleh terima.
Cili padi sebagai penambah rasa kalau tak nak terlalu berlemak. Butter campur cili. Ok ngam!


Masukkan susu cair. Dan kacau-kacau biar serata. Supaya dapat balance kan cili dan susu. Huhu. Gitulah.



Masukkan susu pekat 2 sudu. Dan kacau-kacau.


Masukkan daun kari beberapa keping. Kacau-kacau.


Masukkan udang yang telah dipulaukan tadi.


Biarkan beberapa minit udang ni rendam dalam tu.


Kemudian masukkan bawang holland.


Dan kacau-kacau. Siap, jadi lah Udang Buttermilk #aonaahomecooked untuk di hidang dan makan dengan Nasi Mediterranean.

For the first time aku try mix-kan Nasi Mediterranean ni dengan masakan buttermilk. Fuhhhhh, bertambah-tambah orang yang makan! =P Selalunya aku akan buat masakan ni bila aku dah tak tahu nak makan apa atau aku takda masa nak masak atau rushing pergi office atau dah lewat malam. Hehehe.

Jadi apa yang speSIALnya? Special nya resepi ni ada campuran kasih sayang LOLLLL hahahaa!