Assalamualaikum =)

Aucak! Hai korang. Ya, aku semestinya bukan Khairul Amingggg tapi aku #aonaahomecooked LOL TIBERRRR. Aku nak jugak share recipe apa yang aku makan. Memasak dan baking bukan lah hobi aku yang sebenar. Cuma aku jadikan memasak ni sebahagian daripada hobi aku di kala aku bosan, lapar, stress, mencari focus yang hilang dan berasa nak share dengan orang terdekat. Yelah, sharing is loving kateko. Antara cara nak tunjuk rasa kasih dan sayang adalah dengan sharing makanan together. Erk? Aku merepek okbai.

Jom kita berkarate dekat dapur sambil pasang lagu titled 'Lagu Rindu' by Siti Nurhaliza!


BAKED CHEESY PENNE


Ni bahan-bahan nya.

Boneless chicken (in packet), 1 packet penne (rebus bersama minyak dan garam), Leggo's pasta sauce, Olive oil, Parmesan Cheese, Mozarella Cheese, half bawang merah, 2 ulas bawang putih.
Sepatutnya ada mushroom, sosej, tapi aku lupa nak keluarkan dari peti T_T

Sebelum start masak pasta, panaskan oven 150 - 200 celcius. Depends pada kau. Kalau rasa lambat lagi nak masuk oven, panas kan di tahap low temperature (150) pun okei whuttt. 



Mula-mula aku tumis beberapa minit segala jenis makcik bawang dalam kuali menggunakan minyak olive tadi dan campak-campak boneless chicken/minced beef, leggos sauce plus gula sikit kalau nak manis-manis. Dah siap untuk 'kuah' pasta, tutup api dan masukkan pasta penne tadi. Kacau dan ratakan. Kacau ala-ala kau kacau dodol dua tahun sekali.

Kalau nak sedap lagi tambah lah carrot, mushroom, sosej dan parmesan cheese waktu buat kuah tadi. Hehehe letak je apa-apa makanan tambahan yang korang suka =P


Nak rasa spicy-spicy herbs sikit letakkan dua bahan ni.



Cooked pasta dah di letakkan dalam bekas. Untuk pengetahuan, kuantiti pasta yang aku masak ni boleh muat 3 bekas di atas.


Boleh selang-selikan pasta dengan cheese. Pasta - cheese - pasta - cheese. Sampai lah penuh bekas and both cheese jadi topping macam ni. You got it? Yeah! *tepuk tangan berjemaah


Sumbat lah bekas ni dalam oven yang dah di panaskan tadi. Bake sampai cheese tu cair, nak cepat cair letak la suhu 200 celcius. Dalam 10 minit dah cair dan garing kau!



2 bekas selebihnya. Aku letak mushroom as a topping sebab dah lupa nak masukkan waktu masak pasta tadi. Disebabkan buat sendiri, haaa tabur lah cheese tu bebanyak sampai muak.


Tadaaaaa! Siap dah Baked Cheesy Penne saya =)


Hehehe korang, resepi ni resepi campak mencampak. Ekceli aku nak try gunakan sauce baru yang tak pernah aku guna. Before this aku guna prego je. Kali ni aku ubah angin aku beli leggo's pasta bake plak. Leggo's yang aku pakai ni adalah pasta bake with tomato, spinach & ricotta. Ada banyak lagi pilihan lain kalau yang nak buat pizza, lasagna, meatball baked. Boleh tengok sini (CLICK SINI)