Assalamualaikum =)

Tora datang lagi! Tediaaaa tajuk entri tak nak kalah. Eh hai silent readers yang tengah baring sambil goyang sebelah kaki tu.

Lately ni aku perasan banyak benda berlaku dekat aku. Hati aku makin berdebar. Macam aku pernah published-kan entri INI (suratan atau kebetulan?) Hati lebih memahami tindak-tanduk orangtua yang cuba menyampaikan sesuatu, hati dan naluri aku jugak seakan ada memberitahu sesuatu yang aku sendiri tertanya-tanya dan mencari. Sesuatu yang samar tapi aku nampak dan rasa. Naluri apakah ini?

Dah jangan layankan sangat aku punya kengkonon ayat puitis ni. Gais lupakan gais. Ini hanyalah omong kosong aku di kala malam masih muda. Ihiks.

Kalau sebelum ni aku djaman hingusan era Blogging tak tentu hala, Twittering sampai Subuh membuta, Facebook tak habes-habes nak hupload gambar

dan Myspace.... (hai geng Myspace! Siapa geng Myspace pls angkat keyboard) saling berebut lah semua nyah nak ber-chatting dengan minah salleh dan mat salleh. Chatting setiap hari berbunyi

"Hi thank you for adding me up!"
"Hi was'up?"

Acah omputih kejap dekat Myspace. Dekat luar cakap Melayu jugak. Sebab tekak pun tekak Melayu. Lewls.

Aku godam Myspace kau. Kau godam Myspace aku. Motif asal nya nak baca 'friendlist' punya chatting dengan minah-minah salleh. Profile siapa paling lawa. Gambar siapa paling hotz. Lagu siapa paling syahdu. Status in a REALationship ke single? Kalau single terus add. DEHEK. Dasar budak hingusan.

Dan sekarang, belog yang kian bersawang dan nazak satu ketika dulu kembali pulih. Mungkin cuma satu percent. Lagi sembilanpulohsembilan percent masih dalam proses. Proses macam mana aku pun tak pasti? Rupa paras blog aku akan berubah - ubah dari masa ke masa. Jadi, lawat lah ke belog aku setiap hari ya! :D