Assalamualaikum silent readers =)

Cuslaaaaaast cuols tajuk novel hari ni. Oke, entri kali ni simple. Sesuai untuk yang malas membaca tapi gemar tengok gambar dan terus macam WOW makanan ni nampak sedap jom lah try jom lah try, Ramadhan 2022 baru dapat try. Tiba-tiba.

Topik sekarang iftar. Kalau kau pergi mana-mana pun mesti iftar, buffet, hotel, villa, kampung, dsb. Atau nama group Whatsapp Ifthooooor. Aku memang semangat dengan benda-benda macam ni. Benda yang membahagiakan keseluruhan kehidupan kau. Nyanyi sikit lagu Happy by Pharell Williams - because im happyyyyyy clap along if you feel like a room without a roofffff.

Dengar je iftar, untuk kesekian kali nya tekak western aku berubah 360 darjah ke tekak Melayu dan aku suggest ke Ahh-Yum Kampong Kravers dengan kawan-kawan aku Biha, Diva AR, dan Anis. Kawan-kawan waktu usia meningkat remaja. Bonding agak kuat di sini sebab daripada sekolah, universiti entah mana-mana berterabur, beralih ke kerja pastu beralih ke gym. Macam mana kami semua boleh termagnet dengan gym? Shhhhhh! I will tell u guys later how it happened! Walaupun sekarang dah slowwww (best story ever & nak mampus) :P

Yadda-yadda-yadda.

Kelam kabut lah bersiap-siap (guys jangan over excited guys, kita semua akan makan :DD) dengan perasaan yang haru biru, tak sabar, ada pulak yang wujudkan suasana pem-bawang-an di sitew. Aku musykil betul hahaha. Persiapan aku macam biasa, sambil bersiap sambil terbayang Kampong Kravers punya pinggan menu.

Kami decide nak bertolak lepas Asar- around 515pm. Ended up, non-hadoooo. Sorang lambat, semua lambat wakakaka. Tapi kiteorang berjaya sampai Ahh-Yum, Damansara around 630pm. Dekat sini, aku nak bagitahu, kalau siapa yang rasa dia punya diva level 999 macam kawan aku sorang ni, Ika (ehem) kena datang awal, dapat lah park VVVVVIP depan restoran Kampong Kravers. Just in case kalau datang lambat macam kiteorang ni parking lah tepi jalanan. Dah nama pun wanita jalanan haruslah parking di tepi jalanan. Ye idok?! Senyum sikit....



Ini adalah set harga buffet Ahh-Yum Kampong Kravers.
RM 55.90/dewasa
RM 39.90/kanak-kanak
Guysssss helpppp. Good news! Korang yang nak datang dan berasa macam RM55.90 ni mahal, korang kena book 3 hari sebelum, automatically akan dapat 10% discount. Best kan!

Just in case tak dapat 10% discount atau last minute planning/book in. Try lah tanya untuk student price sambil hulur student card dan buat muka kesian. Kalau dapat, bagitahu aku hahaha.


Ahh-Yum, not Ayam gais.
Dekat sini Solat Terawih pun ada, tapi bukan berjemaah. Makan je berjemaah. Lepas terawih, Kampong Kravers akan sediakan teh. Wow, sangat Kampong Kravers. Hehe.


Seketoi Biha dan seketoi Anis. Amboi terkedepannya. Takpa, kita mengalah. Hiks.
Yup, bila kau masuk je Kampong Kravers ni, kau akan rasa aura-aura Kampong, dengan pakaian perempuan-perempuan berbaju kurung (tak semua) dan lelaki berkurta (amboi). Makan pulak makanan tradisional, dia punya kampong tu boleh pergi jauh. Oke gelak please.


Yang ini adalah side extra air-conditioning dan table for VVVVVIP. LOL.




Yang paling best, bila Kampong Kravers provide surau. Hamagaddddd! Selesa teruk surau dia. Mohon bawa telekung masing-masing sebab KK provide sepasang telekung je untuk perempuan. Hanya kerana sepasang telekung, aku risau kang ada yang bergaduh tarik - tarik rambut dalam surau nih, lewls.


Cekodok paling sedap di alam semesta! Tiga kali tambah cekodok.



Puding Jagung.


Oke, karipap ni super sedap! Karipap Kambing. For the first time, Anis bagitahu karipap ni karipap kambing taw. Aku dengar aku terus jerit. Masalah sekarang kau nak jerit pahal? Sebab dengar kambing?! Ohmai teruknya perangai. Mati la sapa duk dengan aku, dengar je kambing terus menggelupur pengsan. Aku rasa aku nak kena mengembala kambing LOL.

Karipap Kambing yang sedap, tapi agak pedas tapi sedap sampai nak menangis T_T over!



Tauhu Begedil, saya rindu awak T_T (kau dah kenapa ni, sawan ke)


Tauhu Begedil dan Sambal Kicap. Kombinasi kentang dan sambal hitam yang superb dan umph! (pls, siapa datang sini jangan ingat gym dan healthy food, kalau tak kau memang fail, dan kau selayaknya dapat gred F atau XX mahupun ZZ - kena bar kahkah)

Oke aku rasa nak order Tauhu Begedil ni sekarang. Diulangi, sekarang. Since, dah berbulan-bulan aku meroyan nak makan bendalah ni tapi tak jumpa. Kalau jumpa pun, tiba-tiba habes. Tiba-tiba tutup. Semuanya tiba-tiba. Macam tu lah kehidupan aku, semua nya tiba-tiba. Eh eh.


Sudut kecil tauhu begedil tersayang dan karipap kambing tercinta. Gonna miss both of you. LOL.




Sirap campur lemon dan limau kasturi.









Salah satu sebab aku suka Kampong Kravers adalah sebab pinggan dia cantik-cantik.
Erm lagi cantik dari muka aku. Sanggup aku merendahkan kecantikan muka ku demi PINGGAN KAMPONG KRAVERS.




Homaiiii.


Makanan Diva AR dan Biha. Bersepah. 
Katanya semua sedap, dan kena dengan selera tekak.


Oke banyak budak-budak ni makan. Korang perut macam mana ni?


Kambing Bakar dan Air Asam. Five star sisterrrrr!




Yang dekat chiller dekat depan ni. Untuk add-on. Just in case, perlukan something sweet lepas makan. Add-on dessert dalam chiller dekat atas ni. Aku tak amek, sebab yang dekat atas meja makan ni pun dah bersepah-sepah kekenyangan. Fuhh. Aku sekarang pesen minum air terus kenyang. Penyakit apa tak tahu. Lol.


To be honest, aku tak dapat rasa pun Spaghetti, Nasi Basmathi dan lauk-pauk. Sebab aku sibuk dengan kuih-kuih, curry laksa dan makanan-makanan kecik.
Mujur tak pakai seluar berzip, kalau tak tercabut zip agaknya. Eh terlajak. Lewls.


Gang #RoadToNegativeZeroKG. Dah mana Negative Zero nya? Aku tengok makin positive 26758 KG je.


Diva yang tak layak parking kereta tepi jalanan macam aku. Kereta dia kena parking depan restoran. Pening la laki kau. Nasib takde laki lagi. Aku la yang pening. Lagi pening nak kena mengadap pulak dia punya kain rambu ramba waktu makan. Adoi.
Diva AR (Atiqah Roslan) aka CikB.



Anis aka Laparuddin Al Bakr.
Bukan pelayan restoran tapi pelayan kerenah Diva AR, Biha dan Ainaa. Tsk Tsk T_T
Sampai menguap hampir 4509 kali.

Kau pun nak posing jugak? Haaa hambekkk.


Dah habes "huhuahuahuaha" dekat Kampong Kravers, masing-masing balik. Tapiiiiiii tiba-tiba macam ada suara-suara sumbang ajak makan colek dekat Warung Kita. Onz kan jelah. Aku melayan jelah. Warung Kita = Colek + Coconut Shake. Ngam terukzzzz.

Pukul 12 malam sampai rumah. Ya Allah insaf 5 minit.
Nak buka buku terus rasa "esok la buka buku". Penat ya amat.

Cop, sebelum tu. Boleh waze je Ahh-Yum, Kampong Kravers Damansara, sampai dan jumpa lah abam-abam ahh-yumzzzzzzz duk tunggu depan pintu meraikan kedatangan warga - warga Somalia celup sedang kelaparan.