Assalamualaikum. Tora datang lagi!







Rasanya semua sudah ketahuan bahawa seorang Ainaa suka pegang senduk kuali microwave oven peti ais. Itu maksudnya apa? suka makan. Eh diam korangz. Silalah pasang hidden zipper djaman-masuk-uitm-amik-course-fesyen-jenis-kerja-last-minit dekat mulut itew supaya tidak terkeluar ayat yang meng-onarkan keadaan. Ukie?

Aku bawa kek hari ni. Ke tempat kerja baru di salah sebuah syarikat pakaian lelaki muslimah ternama di Malaysia (amboi ternama pulak dah), berkoordinasi di Taman Wangsa Melawati (eh makin dekat pulak dengan rumah). Orang kata, bagi Cake tandanya Cinta. Jadi aku bawa kek, salam perkenalan dan nak serapkan rasa cinta dalam kek ni kepada officemates baru, kahkah.

Masalah nya cinta aku ni kesampaian, bukti dia kek aku habis licin! Ada 2 orang kata dia tak makan kek ni. Dia memang tak suka. Tapi boleh lah nak rasa. Tetibe dia punya NAK RASA tu berubah jadi NAK MAKAN. Engko rasa? :P

Sini aku tunjuk kan resepi dan cara. uols buatlah sendiri ya?



First thing first, aku nak tunjuk penyukat yang aku guna selama aku hidup hanyalah ini. Beli dekat DIY jer uols. Tak tahu lah kot kat IKEA pun ade kalau nak beli dekat sana. Erm.

So that senang lah dah sedia ada. Takdelah jadi macam letak tepung jagung pakai cawan bunga-bungaan, kejap lagi nak letak tepung gandum pakai cawan cameron highlands. Kurang cinta nya tu. Eh


KUAH KARAMEL MANIH LETING

Mula-mula letak gula (2-3 sudu) dalam loyang ini.

Bakar gula di atas api yang sederhana. Jangan tinggal. Dah nama cinta, janganlah tinggal.



Kacau sampai hancur dan warna keperangan (sorry wei, aku terlebihkan warna perang tu. hahaha)
Ni perang sangat taw. Takut pahit nanti rasa. So buat perang biasa je. Warna gold gitew.

Dah siap, tutup api cecepat! Senduk tadi terus angkat letak kat sinki. Jangan biarkan dalam loyang. Nanti gula tu akan keras kekung. Baiklah, biarkan gula itu tadi sejuk dan membeku (letak tepi).

Ambil periuk kukus, dan biarkan pengukus mendidih. Api slow je.

Meanwhile....



PUDING


Sediakan bahan-bahan ini.

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 penutup kecil esen vanilla
3 biji kuning telur sahaja
2 biji telur

Satukan dan kacau perlahan semua bahan ini dalam satu bekas, jangan sampai berbuih. Dan masukkan dalam loyang gula beku. tapi sebelum masukkan dalam loyang tu, make sure periuk pengukus dah mendidih dan loyang dah pun di masukkan dalam periuk pengukus. Pastuhhh, masukkan bahan di atas tadi di dalam loyang. Masukkan dalam loyang pakai penapis taw. Untuk menapis kebencian awak terhadap saya sisa-sisa telur atau bendasing di dalam bahan tadi.

Oke api slow jek. Sebab nak kacau bahan lain. Nanti kalau bahan lain dah nak siap bancuh, baru api sederhana. Faham ke faham?



CHOCOLATE (LAPISAN BAWAH)


Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

Satu kan bahan di atas di dalam periuk dan letak kan di atas api. Kacau.


Sampai jadi sebati macam ini. Hehehee. Kacau dengan penuh kesabaran ya =P
Meanwhile....


Pecahkan 4 biji telur dan pukul! Dan masukkan dalam bahan A tadi.


Bahan B
(Ayak & Masukkan di dalam bahan A)

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Akhir sekali masukkan Bahan Chocolate (Lapisan Bawah) ini ke dalam loyang yang dalam pengukus tadi!


Biarkan dalam 30-40 minit. Pastuh, cucuk dengan lidi/garfu untuk tahu dah masak ke belums. Kalau lepas cucuk, takde bahan yang melekat dekat garfu, maksudnya kek dah masak!

Hehehe.



Boleh angkat. Dan terbalikkan atas pinggan. Pastuh, sumbat dalam peti ais. Esok baru makan. OMG makan sejuk-sejuk dapnyah! :D

Enjoy your meal and thank you for reading, dear silent readers. Lots of love, Ainaa.